surfingfeed widget

Bagaimana Mencipta Identiti Blog Part 1

December 26, 2011

Tahukah anda bagaimana untuk mencipta identiti bagi sesebuah blog yang di bina ?
Ramai yang menganggap membina blog itu adalah satu aktiviti atau pun kerja yang mudah. Ya, membina blog itu memang mudah. Tetapi untuk mencipta identiti yang tersendiri bagi sesebuah blog itu tidak mudah sama sekali. Ianya memerlukan ketelitian dan kekreativitian seseorang.

Antara perkara-perkara ataupun faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membina sesebuah blog.

Nama Blog

Ini adalah perkara paling asas yang perlu di titik beratkan oleh setiap blog developer. Di mana pemilihan nama yang tepat dan bersesuaian dengan imej blog yang hendak dibina adalah penting. Tersalah pilih nama memang lingkuplah jawabnya sesebuah blog itu. Saya sendiri pernah mengalaminya. Di mana saya kerap menukar nama blog tanpa memikirkan akibatnya.

Menukar nama blog dengan kerap akan menyebabkan kita kehilangan identiti sebagai seorang penulis blog. Ianya hanya akan memperlihatkan bahawa kita ini adalah seorang yang mudah menukar pendirian pada bila-bila masa.

Domain Name

Domain name yang bersesuaian dengan nama blog juga harus dititk beratkan dalam mencipta identiti blog. Ini kerana nama domain mencerminkan imej sesebuah blog itu. Bahkan ianya saling berkait. Nama domain ini di dalam dunia realiti, kita boleh samakan dengan alamat rumah.

Pemilihan domain juga memainkan peranan dalam membina imej sesebuah blog. Bahkan isi kandungan blog juga akan bersangkut-paut dengan nama domain yang di pilih. Tidak digalakkan memilih nama domain yang berlainan dengan tajuk blog. Memilih nama domain yang sukar diingati dan panjang juga tidak digalakkan sama sekali.

Niche Blog

Point ini juga adalah penting dalam mencipta identiti blog. Kita harus memilih niche blog yang bersesuaian dengan blog yang hendak dibina.

Pada saya niche blog ini terbahagi kepada 2. Iaitu:
  1. General Blog (Niche yang tidak terikat dengan satu-satu niche).
  2. Specific Niche / Single Niche (Niche yang hanya memfokuskan pada satu niche sahaja).


Adalah penting untuk kita tahu, jenis niche apa yang ingin kita gunakan pada blog kita. Ini kerana dalam membina identiti blog, formula yang digunakan adalah “Nama Blog + Domain Name + Niche Blog = Identiti Blog” <-- ini adalah formula basic dalam mencipta identiti bagi sesebuah blog.

Okay, sampai di sini sahaja perkongsian kita berkaitan “Bagaimana mencipta identiti blog”. Di masa akan datang, kita akan kongsikan lagi sambungan bagaimana mencipta identiti blog selain dari 3 point utama di atas.


Picture Credit: Google.

Post a Comment

 

Google+ Badge

Sila LIKE Halaman Facebook jika ingin mendapatkan respond dengan pantas jika komen anda tidak berjawab di blog. Ataupun anda boleh kemukakan soalan melalui menu 'Email Us'. Harap Maklum

Artikel Terkini