surfingfeed widget

Tips Mengurangkan Jerawat

May 1, 2012

Rasanya ramai yang mengalami masalah "JERAWAT" di muka. Rata-rata individu yang mengalami masalah jerawat amat runsing dan tertekan dengan masalah jerawat yang dialami.

Ini termasuklah saya juga. Saya mula mengalami masalah jerawat, bermula dari sekolah menengah semasa berada di Tingkatan 1. Waktu itulah jerawat mula tumbuh dimuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Kalau diikutkan, mana ada manusia yang mahu mukanya berjerawat. Setiap orang mahukan wajah yang cantik jelita termasuklah saya. Hari ni saya nak kongsikan sedikit tips untuk mengurangkan jerawat.

Tips Mengurangkan Jerawat:

  1. Elakkan memakan makanan laut (seafood). Kenapa & mengapa tu saya tak berapa nak pasti sangatlah. Sebab setiap kali saya mencuba mana-mana produk kesihatan. Mesti ada pantang larang berkaitan seafood ni. Maka kita ikutkan jerlah ya.
  2. Elakkan berada di kawasan bersuhu tinggi. Dalam erti kata lain, kawasan bercuaca panas/suhu panas. Ini kerana bila kita berada dikawasan panas. Suhu tubuh badan kita akan meningkat & peluh yang banyak akan keluar. Bila peluh dah banyak keluar, maka muka pun berminyak. Jadi tumbuhlah jerawat yang tidak diingini. (Betul atau tak..yang ni pun saya kurang pasti). Sebab kebanyakkan kes muka berjerawat ni berpunca dari muka yang mengeluarkan minyak berlebihan.
  3. Elakkan mengambil makanan yang berminyak. Kalau boleh nasi minyak pun elakkanlah ya. Bila pergi majlis kahwin, elok makan nasi putih jer.
  4. Banyakkan minum air masak/kosong.
  5. Rajin-rajinlah basuh sarung bantal, selimut, dan cadar tilam.
  6. Jangan pecahkan/picit jerawat yang tumbuh. Seelok-eloknya biarkan jerawat tu kering/pecah dengan sendirinya.
  7. Elakkan menggunakan produk berasaskan GAMAT. Sebab ianya tidak berkesan pun untuk mengurangkan jerawat. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Penggunaan produk berasaskan GAMAT hanya akan menambahkan lagi masalah jerawat anda. (Bergantung kepada individu. Kerana ada individu yang alergik dengan produk GAMAT termasuklah saya & family).

Ekstra Tips:

  1. Buat rawatan muka di Pusat Rawatan Muka/Kulit (eg: NewYork Skin Care). Tapi kena sediakan ekstra $$$$.00 la. Sebab kebanyakkannya memang mahal dan mempunyai caj-caj tersembunyi.
  2. Cuba produk-produk rawatan jerawat yang berada dipasaran. Tapi kena pandai pilihlah, sebab takut salah pilih. Lain pula yang jadi nanti. Tapi saya cadangkan cari produk yang mempunyai testimoni. (eg: dR Product (Dr Rozmey) & lain-lain.

Perkongsian Bersama:

Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda tentang mencuba produk-produk kesihatan. Sebab saya pernahlah juga terjumpa beberapa testimoni yang mengatakan bila mereka mencuba sesuatu produk jerawat. Ianya tidak memberikan hasil yang mereka ingini.

Okay, sebenarnya produk jerawat ni ada 2 jenis iaitu:
  1. Produk yang merawat secara luaran (eg: krim muka, pencuci muka, krim malam, krim siang, & lain-lain).
  2. Produk yang merawat secara dalaman (eg: serbuk untuk diminum, pil, & jus).
Produk yang merawat secara luaran ni kebiasaannya mengambil masa yang pendek untuk menampakkan hasilnya. Kerana produk ini digunakan secara direct keatas kulit jika dibandingkan dengan produk yang merawat secara dalaman yang mengambil masa yang agak lama untuk memperlihatkan kesannya. Sebab produk yang merawat secara dalaman tidak digunakan secara direct keatas kulit, sebaliknya ianya merawat secara dalaman dan ianya juga mengambil masa untuk diserap oleh tubuh. Bahkan ianya juga bergantung kepada penerimaan tubuh dengan produk yang diambil.
Jika anda menggunakan produk rawatan jerawat. Anda perlu mengambilnya secara konsisten dan berterusan. Jangan mudah berputus asa jika pengambilan pertama tidak memberikan hasil yang diingini. Ini kerana kebiasaannya produk-produk rawatan jerawat mengambil masa untuk memperlihatkan hasil yang positif kerana ianya bergantung kepada beberapa faktor:
  1. Keserasian produk dengan tubuh pengguna.
  2. Tahap penyakit / keadaan kulit.
  3. Etika pengambilan produk rawatan & amalan pemakanan. 
Disarankan mengambil produk rawatan jerawat pada waktu malam. Iaitu sebelum tidur. Ini kerana menurut kajian pakar. Tahap pH kulit pada waktu malam adalah lebih rendah berbanding jika mengambil produk rawatan jerawat pada waktu siang.

Nota Kaki:

Saya adalah merupakan ahli Herba Prima Marketing yang sah. Jika anda ingin mencuba produk dR. Silalah hubungi saya melalui contact us, facebook, Google Plus, & Twitter. Klik sahaja ikon laman sosial di sidebar (kanan). Jika mahukan respond yang pantas, boleh add saya di facebook.

Post a Comment

 

Google+ Badge

Sila LIKE Halaman Facebook jika ingin mendapatkan respond dengan pantas jika komen anda tidak berjawab di blog. Ataupun anda boleh kemukakan soalan melalui menu 'Email Us'. Harap Maklum

Artikel Terkini