surfingfeed widget

Aku Cancel Nikahi Di Kau, Dengan Mas Kahwinnya..

November 6, 2012

Wah malu siot kalau majlis yang ditunggu-tunggu dan bakal menjadi sejarah indah bertukar menjadi mimpi ngeri dan igauan dalam hidup kita. Majlis apa yang aku maksudkan ?

Mak ai...dah baca tajuk takkan tak faham-faham lagikan..

Okaylah, sebenarnya aku nak mengulas pasal isu "Tunang Sengkek" yang disiarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 6 November 2012 (front page lagi tu...ko hado?, tak do kan)..
Bingung memikirkan tidak cukup wang untuk kahwin, seorang lelaki bertindak bodoh apabila membuat laporan polis (palsu) kononya dia disamun ketika mengeluarkan wang di bank untuk dijadikan hantaran kahwin, sebelum menghilangkan diri. Tunangnya terpaksa menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan. via story: Tunang Sengkek - Harian Metro 6 Nov 2012.
Tulah letak lagi nilai hantaran tinggi setinggi gunung Everest. Last-last malu jer dapat wei. Nak salahkan lelaki tu 100% pun tak boleh juga. Yalah ingat senang ke nak kumpul duit hantaran tu. Yang tukang letak nilai hantaran tu sonanglah cakap, yang nak mencari tunya yang menanggung seksa.

Itulah masalahnya dengan masyarakat kita sekarang ni. Mereka sewenang-wenangnya meletak nilai wang hantaran yang tinggi dengan alasan anak mereka tu berpelajaran dan sempurna (sempurnalah sangat, sedangkan memasak pun tak reti..jangan marah ya kaum hawa).

Majoriti masyarakat kita hanya tahu yang mereka nak langsungkan majlis perkahwinan dengan meriah. Kononnya nak tunjuk hebatlah tu. Walaupun sebenarnya mereka tahu majlis resepsi sepatutnya dibuat ala kadar setakat untuk memaklumkan kepada orang kampung bahawa ada ahli keluarga yang berkahwin di dalam sesebuah keluarga itu. Sampaikan orang yang mereka tak kenal pun mereka jemput. Apa kes tu beb?

Kes apa...of coz lah kes naiya lol.

Tapi serius bangang jugakan bila lelaki tu digelar sebagai "Tunang Sengkek", sedangkan mereka sedar siapa puncanya si lelaki tu jadi "SENGKEK". Pada aku kedua-dua belah pihak sama-sama salah. Kenapa aku kata kedua-dua belah pihak salah ?

Nah ni jawapannya...

Kesalahan Pihak Lelaki.

  • Kalau dah tahu diri tu tak mampu nak menunaikan permintaan wang hantaran yang telah ditetapkan. Kenapalah hang bangang sangat tak minta diskaun dan berbincanglah semula lepas majlis pertunangan. Bukan tak boleh bincang, boleh jer.
  • Yang hang pi menambah susah diri yang sememangnya dah susah tu buat apa. Kenapa buat kerja bodoh dengan melaksanakan idea bodoh hang tu ? (kes buat report palsu, kononnya kena samun). Berterus terang jelah dengan keluarga bakal mertua dan berbincang semula.
  • Sebenarnya boleh jer hang minta tangguh untuk langsaikan wang hantaran tu lepas kahwin. Tak pun mintalah tangguh a.k.a tunda majlis kahwin tu.

Kesalahan Pihak Perempuan.

  • Yang kalut dok letak nilai wang hantaran tinggi-tinggi tu siapa suruh ? sendiri cari pasal. Kamu nak kahwinkan anak atau nak jual anak ?
  • Kenapa tak bagi solution pada si lelaki (bakal menantu), baki wang hantaran langsaikan lepas kahwin. Bolehlah buat gitu der. Dari apa yang aku baca...tak dak pula kome nak kata gitu kan.
  • Pernah tak kome tanya sama bakal menantu, sama ada mereka dah cukup duit or ada apa-apa masalah tak berkaitan duit hantaran tu ? Aku sure confirm u all tak tanya pun.
  • Tak reti-reti nak beralah dan berkompromi ke kasi kelonggaran bab wang hantaran tu.
Itulah kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan yang nak berkahwin. Mereka merancang tanpa memikirkan kesan dari apa yang dirancangkan. Bahkan ada segelintir yang merancang majlis perkahwinan tak serupa bikin dengan bajet yang dimiliki. Yang depa tau majlis kahwin depa "GRAND & KEBABOOM".

Si Lelaki tu pun apa daa. Kalau tak mampu nak buat majlis resepsi untuk belah pihak lelaki. Tak payahlah buat, just buat kenduri kesyukuran dan doa selamat jer pun dah memadai. Jangan asyik dok pikiak apa yang orang nak cakap. Nanti last-last kome juga yang merasa nikmatnya. Dan tak perlu pun nak laksanakan idea bodoh tu. Kalau nak cancel kan majlis pun beragaklah beb. Biarlah dengan cara yang elok dan sopan. Masa hang pi sunting dulu boleh pula minta dengan sopan dan beradab, tapi bila nak cancel...bukan main biadab lagi kau kan.

Si Pompuan tu punya keluarga pun satu hal. Kenapa tak bagi kelonggaran pasal wang hantaran tu. Cakaplah kat si lelaki tu bagi jelah wang hantaran yang ada. Kalau tak cukup...bagilah lepas kahwin nanti. Itupun susah ke der ?
Majlis Perkahwinan Itu Biar Simple, Asalkan Ianya Tidak Memudaratkan Pasangan Yang Berkahwin. Apa Guna Majlis "Grand-grand & Kebaboom", Tapi Akhirnya Diri Sendiri Yang Merana Dan Menanggung Seksa.
And sebenarnya aku perasan jugalah berkaitan sikap segelintir pasangan yang dah buat keputusan nak kahwin ni. Mereka dah rancang nak kahwin, barulah terkial-kial nak cari duit untuk kahwin. Masa bercinta tak nak pula kome kumpul duit untuk kahwin. Dah gatal nak kahwin baru tergedik-gedik mencari duit.

Tu pasal cari duit lepas rancang nak kahwin. Satu lagi yang menjadi isu hangat adalah bila mana masyarakat kita terlalu mengikut dan mengagungkan "ADAT". Ya..tak salah kalau nak ikut adat. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan terlalu nak ikutkan adat sangat. Apa yang penting adalah majlis kahwin tu terlaksana dengan jaya dan mengikut hukum hakam + syariat Islam ataupun sesuatu agama punya syarat sah ler.

Okaylah sampai situ jerlah kot ulasan aku. Nasihat aku pada semua. Kalau dah gatal nak berbini/laki. Kumpullah duit masa bujang ataupun masa belum ada pak/mak-we.

Post a Comment

 

Google+ Badge

Artikel Terkini