FAQ SPM Ulangan (Part 1)

on November 20, 2012

Kali ini saya ingin berkongsikan 1001 persoalan berkaitan SPM Ulangan. Ini adalah rentetan maklum balas yang diterima di bahagian komen artikel berkaitan SPM Persendirian terdapat persoalan berkaitan SPM Ulangan. Jadi saya berbesar hati akan memberikan jawapan yang terbaik yang boleh saya berikan.

Tetapi jika jawapan yang diberi itu tidak dapat memuaskan hati si penanya. Itu saya tidak boleh buat apa lah kan. Ini kerana saya hanya menjawab berdasarkan pengalaman saya sahaja. Kerana saya bukan bekerja dengan JPN (Jab. Pelajaran Negeri).

Insyallah setiap persoalan yang dikemukakan di ruangan komen mahupun e-mail, akan saya jadikan artikel untuk dijadikan rujukan buat para si pencari maklumat yang berkaitan.

Hanya Ada Sijil SAP

Assalammualaikum... Nama saya Helmy. Pada tahun 1995, saya telah menduduki peperiksaan SPM. Saya gagal dalam exam tersebut, hanya mendapat sijil SAP saja. Kini, saya berusia 34 tahun, salah seorang kakitangan kerajaan gred rendah. Malangnya, dengan hanya sijil SAP yang saya ada, saya sukar untuk pergi ke jawatan atau gred yang lebih tinggi. Saya berhajat sangat untuk mengambil semula peperiksaan SPM tetapi saya tak tahu bagai mana... Paper Julai? SPM ulangan? calon persendirian? Saya tak tahu yang mana satu dan saya buntu? Carian di google masih tak dapat memberi jawapan yang tepat pada saya. Harap dapat beri saya nasihat dan tunjuk ajar....
Waalaikumussalam, Sijil SAP tu sijil apa ya ? 

By the way awak boleh mendaftar SPM Ulangan sesi November jika anda ingin mengulang kesemua subjek yang pernah awak ambil. Awak hanya perlu mendaftar secara online di laman web Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk itu anda boleh rujuk di sini:
  1. Manual Pengguna Portal Pendaftaran.
  2. Portal Pendaftaran.
Jika awak masih keliru dengan info di sini. Saya sarankan anda bertanya secara terus dengan mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan anda. Ini kerana saya tidak berapa pasti dengan prosedur pendaftaran SPM Ulangan secaran online. Ini kerana semasa saya mendaftar dulu, saya menggunakan khidmat pihak ke-3 iaitu Pusat Kemahiran MLVK di tempat saya.

Tidak Hadir Semasa Peperiksaan.

Saya pernah mendaftar spm ulangan pada tahun 2011, tapi saya tak hadir peperiksaan sebab pusat peperiksaan berbeza dengan pilihan saya, lagi pun pusat peperiksaan yang dibagi pada saya agak jauh dan susah nak pergi.. saya dah inform tapi pihak pelajaran negeri tak buat apa-apa pun.. so saya pun tak ambil exam...saya tak inform pun saya tak hadir, persoalannya... boleh ke saya ambil semula exam ulangan pada tahun hadapan ? tak ada tindakan apa-apa ker sebab saya tak hadir pada 2011?
Okay di sini apa yang saya lihat awak hanya sekadar memaklumkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, tapi awak tidak menulis surat permohonan untuk menukar pusat peperiksaan awak. Di sini kesalahan tersebut bukan terletak pada Jabatan Pelajaran Negeri tetapi ianya adalah kesilapan anda sendiri. Sepatutnya anda menulis dan menghantar surat permohonan untuk menukar pusat peperiksaan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.

Berkaitan awak diberi pusat peperiksaan bukan pilihan anda, kemungkinan besar pusat peperiksaan yang anda pilih telah penuh quotanya. Maka pihak JPN akan menempatkan anda mengikut kekosongan quota. Rasanya tiada masalah untuk awak mengulang pada tahun hadapan dan tiada tindakan yang akan dikenakan.

Nasihat saya.. selepas ini pergi sahaja menduduki peperiksaan seandainya awak tidak ditempatkan di pusat peperiksaan yang anda pilih. Kerana agak membazir bila anda sudah membayar yuran peperiksan, tetapi awak tidak hadir.

Mengulang Subjek Tertentu Sahaja.

salam , saya izan .. nak tanya , bole tak kita amik kertas ulangan untuk subjek yg kita gagal sahaja ? contohnya kimia dan fizik SAHAJA ?
Ya anda boleh memilih untuk mengulang hanya subjek yang gagal sahaja. Tapi bergantung kepada subjek apa yang anda nak mengulang.

Seandainya awak ingin mengulang subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Awak boleh pilih untuk mengulang pada sesi Julai ataupun sesi November. Tetapi jika awak ingin mengulang selain dari 2 subjek berkenaan, awak hanya boleh mengulang pada sesi November sahaja.

Keputusan Kurang Cemerlang Nak Ulang Boleh Ke?

Saya berumur 34 tahun. Saya pernah menduduki peperiksaan SPM, tapi keputusan sangat2 kurang cemerlang. Bolehkah saya menduduki peperiksaan sekali lagi ? Apa yang harus saya lakukan ? Perlukah Tuition untuk semua subjek ? Berapa lama tempoh dari study hingga SPM Persendirian? .harap membantu.kasih
Ya anda boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai Calon Ulangan dan anda perlu mendaftar secara online di laman sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Perlu mengambil kelas tuisyen atau tidak itu bergantung kepada anda sendiri. Jika anda mampu mengulangkaji sendiri, tak perlu pergi tuisyen pun. Tapi kalau awak dah lama tak bersekolah, rasanya elok awak mengambil inisiatif yang sepatutnya dengan pergi menghadiri kelas tuisyen.

Berapa lama tempoh study adalah bergantung kepada pilihan sesi peperiksaan anda. Jika anda mengulang pada sesi Julai maka tempoh yang anda ada hanyalah sekitar 5-6 bulan sahaja dan jika awak mengulang pada sesi November, tempoh study anda lebih kurang 10 bulan (dalam erti kata lain sama seperti calon sekolah, ini kerana anda akan menduduki peperiksaan sama seperti calon sekolah).

By the way awak bukan calon persendirian, tetapi awak adalah calon ulangan.

Daftar Dulu Atau Study Dulu.

Apa perlu saya lakukan untuk spm ulangan...Daftar dulu atau study/tuition dulu ? Sebab saya tak confident untuk exam.. Kalau exam adakah diletakkan bersama-sama pelajar yang lain ?
Untuk SPM Ulangan 2013. Pendaftaran belum dibuka. Pendaftaran hanya akan dibuka sekitar Februari - March 2013. Jadi awak boleh sahaja membuat persediaan dari sekarang dengan mengambil kelas tuisyen, tetapi ianya adalah keputusan anda sendiri. Jika subjek yang anda ingin ulang tidak susah, tak perlu ambil tuisyen pun tak per.

Kalau awak tak confident untuk ambil exam. Saya sarankan awak mengulang pada sesi November, ini bertujuan untuk memberikan anda lebih masa untuk mengulangkaji. Elakkan mengambil exam sesi Julai.

Tidak, awak akan ditempatkan bersama calon SPM Persendirian dan Ulangan sahaja. Awak tidak akan dicampurkan dengan calon sekolah.
Ranking: 5
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan memerlukan respond yang pantas. Sila 'LIKE' Halaman Facebook Sembang Cyber ~ All In One Blog. In Syaa Allah pertanyaan anda akan dijawab sejurus saya menerima notification. Harap Maklum.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun G+, anda bolehlah menggunakan sistem komen Intense Debate untuk meninggalkan komen.

Click Here To add Intense Debate Comments

Click Here To add Google+ Comments

 
© SembangCyber All Rights Reserved
Get smart with TFBv2 from Forblogger.net ~ Re-Design By SembanG CybeR .