surfingfeed widget

Nenek 55 Tahun Menduduki Peperiksaan SPM Persendirian

November 7, 2012

Wow mesti anda semua terperanjatkan. Nenek bercucu 3 dan berumur 55 tahun menduduki peperiksaan SPM 2012. Dahsyatkan nenek tu...
YAN: "Selepas hampir 40 tahun menunggu, akhirnya saya berpeluang merasai detik yang lama diimpikan itu." Kata Hasanah Abdullah, 55, seorang calon persendirian SPM 2012. via story: 40 Tahun Bersabar - Harian Metro 6 Nov 2012.
Sebenarnya aku tak pelik pun dengan berita yang aku baca semalam di akhbar Harian Metro bertarikh 6 November 2012. Ini kerana semasa aku mengambil SPM Persendirian pada tahun 2006. Ada juga nenek berusia 50 tahun mengambil SPM Persendirian bersama cucunya.

Nenek Power Tengah Jawab Paper
SPM 2012
Pada aku fenomena seperti itu bagus. Terutamanya kepada masyarakat Malaysia yang sudah mula sedar bertapa pentingnya pelajaran itu. Nak-nak lagi mereka yang tergolong didalam "Golongan Yang Tercicir Dalam Pelajaran".

Aku dulu pun masa ambil SPM Persendirian. Umur aku 19 tahun. Jangan ditanya kenapa, kerana aku ada sebab yang tersendiri dan rasanya tak perlulah aku ceritakan pada kamu semuakan. Cukuplah sekadar aku memberikan info berkaitan SPM Persendirian dimana masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu bahawa mereka masih boleh merubah kehidupan mereka dengan mengambil peperiksaan SPM sebagai "Calon Persendirian".

Sebenarnya tiada had umur pun kalau nak ambil SPM sebagai Calon Persendirian. Asalkan anda ada niat untuk mengambilnya. Ramai di luar sana yang takut nak ambil SPM Persendirian disebabkan faktor umur. Sedangkan umur bukanlah penghalang kepada apa yang kita mahukan. Tetapi penghalang utama adalah "PERASAAN TAKUT ataupun MALU".

Buat apa nak takut dan malu ?

Bukannya kita buat salah dan kita tak menyusahkan orang sekeliling kita pun. Lagipun tindakan yang kita ambil itu akan mempengaruhi kehidupan kita kelak. Jangan dah terlambat baru nak menyesal. Waktu tu nak menyesal pun dah tak berguna lagi. Nasihat aku:
Jangan terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang apa yang kita mahu lakukan demi merubah kehidupan di masa hadapan. Kerana apa yang dilakukan itu adalah keputusan yang melibatkan masa depan kita sendiri dan bukannya masa depan orang lain.
Apa yang membuatkan aku pelik adalah kenapa budak-budak sekarang malas nak sekolah dan mereka tak kisah pun kalau tak habis sekolah ?

Adakah ianya disebabkan oleh corak pembelajaran disekolah yang tidak pernah berubah (maksud aku cara cikgu mengajar di sekolah) ?

Maklumlah dulu masa aku sekolah dari form 1 - form 3, corak pengajaran cikgu sama jer. Sebab tu aku tiada semangat nak belajar. Aku rasa corak pengajaran cikgu-cikgu di sekolah sepatutnya diubah dengan trend kehidupan masa kini. Ianya tak bolehlah sama saban tahun.

Aku rasa itulah puncanya kenapa budak-budak sekarang ni malas nak belajar dan malas nak menamatkan persekolahan mereka. Sebab mereka jemu dengan corak pengajaran disekolah yang sama setiap tahun walaupun berbeza tingkatan dan sukatan mata pelajaran.

Ataupun ianya disebabkan oleh Mak dan Ayah yang tak kisah pun dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka ?

Anda ada jawapannya ? meh lah kongsikan bersama saya diruangan komen. Mana tau apa yang dikongsikan oleh anda itu bakal dikongsikan di dalam blog ni. Siapa tau kan....

Post a Comment

 

Google+ Badge

Sila LIKE Halaman Facebook jika ingin mendapatkan respond dengan pantas jika komen anda tidak berjawab di blog. Ataupun anda boleh kemukakan soalan melalui menu 'Email Us'. Harap Maklum

Artikel Terkini