surfingfeed widget

Pentingnya Mengaktifkan Comment Moderation

November 25, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni aku nak share dengan u all semua betapa pentingnya mengaktifkan "Comment Moderation" di blog blogspot u all.

Apa Fungsinya ?

Comment Moderation berfungsi untuk menapis komen-komen yang masuk ke blog kita. Ianya bertujuan untuk menapis komen-komen negatif (komen yang dok maki-maki, mencarut + merapu-rapu).

Penting Sangat Ke "Comment Moderation Tu ?

Sudah tentulah penting. Ini kerana komen yang berbentuk negatif akan memberi effect kepada sesebuah blog dan ianya tidak bagus.

Maklumlah komen negatif ni biasanya tiada kaitan pun dengan artikel yang di komen tu. Bahkan ada jer yang cuba mensabotaj dengan meninggalkan komen-komen yang negatif untuk menghancurkan reputasi sesebuah blog.

Kesimpulan:

Tapi ianya tidak wajib pun. Terpulang pada diri masing-masing, sama ada nak mengaktifkannya ataupun tidak.

Tapi macam aku. Awal-awal lagi aku dah aktifkan fungsi "Comment Moderation" tu dengan tujuan untuk mengelakkan komen-komen yang tidak sepatutnya di "publish" untuk tatapan umum. Pada aku biarlah komen-komen negatif tersebut, aku jer yang membacanya dan mengetahuinya.

Sebab pada aku "Comment Moderation" ni ada kelebihan yang aku suka. Di mana aku boleh tapis mana-mana komen yang aku tak berkenan + aku boleh tahu ada komen baru di blog aku. Berbeza jika kita memilih untuk tidak menggunakan "Comment Moderation", di mana sukar untuk kita jejaki komen-komen negatif dan yang tidak sepatutnya. Bahkan kita akan terlepas pandang komen-komen baru yang masuk ke blog kita.

Post a Comment

 

Google+ Badge

Sila LIKE Halaman Facebook jika ingin mendapatkan respond dengan pantas jika komen anda tidak berjawab di blog. Ataupun anda boleh kemukakan soalan melalui menu 'Email Us'. Harap Maklum

Artikel Terkini