surfingfeed widget

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kahwin Lain.

November 28, 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua. Bukan main kecoh lagi dilaman sosial dan juga blog pasal kisah pasangan muda yang berkahwin muda dan bercerai pun diusia muda.

Tapi nak buat macam mana lagikan. Kalau sudah suratan takdir tertulis bahawa ikatan mereka hanya berkekalan untuk suatu tempoh tak kiralah panjang ataupun pendek masa itu. Apa yang terjadi tetap akan terjadi walaubagaimana hebat pun kita dalam teknik mengelakkan masalah kehidupan.

Tetapi pada sayalah. Kebanyakkan pasangan muda yang berkahwin diusia muda dan berceraipun diusia muda akan memberi alasan berkahwin muda sebab nak elakkan maksiat. 

Ya, memang tidak dinafikan ianya betul sama sekali dan tidak ada salahpun dengan alasan yang diberikan tu. Cumanya mereka terlupa ataupun buat-buat lupa akan terma "TANGGUNGJAWAB" yang seharusnya diambil kira sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin diusia muda. Inilah faktor utama kenapa dan mengapa sesuatu mahligai yang dibina berkecai dalam masa yang singkat.

Kebanyakkan pasangan muda masa kini lebih memikirkan alasan untuk berkahwin muda adalah kerana hendak mengelakkan maksiat tapi memandang remeh akan tanggungjawab yang bakal digalas. Orang bujang dan yang dah berkahwin ni. Skop level tanggungjawab akan berubah dari masa ke semasa.

Kebiasaannya level tanggungjawab orang muda dan bujang berada ditahap rendah (low) berbanding mereka yang dah berkahwin dimana tahap tanggungjawab itu akan berubah dari rendah kepada sederhana (medium) atau tinggi (high). Bergantung kepada sejauh mana kematangan pemikiran seseorang itu.

Pada saya kalau nak kahwin muda ni biarlah kita mempunyai persiapan diri yang cukup dari segi mental dan juga fizikal. Kita juga perlu fikirkan beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah bertangga-tangga. Antaranya:
  1. Kematangan dalam berfikir.
  2. Kematangan dalam tindakan.
  3. Kemampuan menyara diri dan keluarga.
  4. Kemampuan membuat keputusan yang melibatkan orang sekeliling dan keluarga.
  5. Kestabilan Ekonomi / Kewangan. (Kalau masih disara oleh mak bapak. Lupakan saja niat nak kahwin muda ya).
  6. Sudah bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab?

Antara punca / sebab musabab perceraian diusia muda.

Masalah Kewangan (Financial Problem):
Memang tidak dinafikan. Masalah kewangan juga adalah merupakan salah satu punca mengapa pasangan muda zaman sekarang bercerai-berai. Biasanya disebabkan dibelenggu oleh masalah hutang dan tak mampu nak menanggung kos sara hidup. Nak-nak lagi yang tiada pekerjaan tetap. Bila tiada kerja tetap dan stabil, makanya tiadalah pendapatan yang tetap dan stabil. Bila tiada pendapatan tetap dan stabil makanya perjalanan hidup pun jadi tidak stabil.

Tidak Sehaluan / Tidak Sebulu:
Inipun normallah dalam perkahwinan. Tiadanya kesepakatan dalam membuat keputusan. Biasanya masalah macam ni timbul bila mana masing-masing ego tak bertempat. Langsung tak nak bertolak ansur.

Curang:
Inipun dah banyak kes berlaku. Pasangan kantoi curang dan akhirnya bercerai. Adakalanya mereka curang sebab mereka tak dapat kepuasan dari pasangan dari segi kepuasan batin (hubungan intim). Biasanya sekarang ni itulah punca paling meletop.

King vs Queen Control:
Fenomena King vs Queen Control ni pun tengah hangat dan meletop dipasaran. Biasalah tu, sebelum kahwin susah juga nak tau sama ada pasangan kita ni seorang King atau Queen Control. Tapi pada saya. Kalau kita dah nampak tanda-tanda pasangan kita tu ada ciri-ciri seorang King/Queen Control semasa bercinta. Adalah lebih baik pertimbangkan semula sama ada nak teruskan hubungan sehingga terciptanya ikatan halal ataupun tukar cari yang lain.

Songsang:
Fenomena yang ni pun dah mula nak popular di Malaysia. Dimana pasangan kita bernafsu "SONGSANG". Alahai mimpi ngeri bila dapat tahu yang pasangan kita kahwini itu bernafsu songsang. Biasanya mereka ni berkahwin dengan pasangan yang bernafsu normal adalah semata-mata nak mengaburi pandangan masyarakat dan orang sekeliling sahaja.

Kaki Judi / Kaki Minum / Kaki Lalok:
Masalah pasangan yang terlebih kaki. Inipun merupakan punca yang hot and meletop pada masa kini. Memang tak dinafikan fenomena "Kaki segala kaki" ni makin fofular dan ianya tidak mengira "Gender".

Akhir Kata:

Tak salahpun kahwin diusia muda. Tapi janganlah asyik beri alasan nak kahwin diusia muda semata-mata hendak mengelakkan maksiat sahaja. Ianya haruslah disusuli dengan ketersediaan dalam memikul tanggungjawab dan bersedia untuk melakukan transformasi dalam menjalani kehidupan berkeluarga.

Manusia ni berkahwin bukan semata-mata untuk menghalalkan sesuatu hubungan. Tetapi ianya harus disertakan dengan tanggungjawab.

Selepas berkahwin. Kita harus mengubah corak pemikiran kearah untuk menjadikan diri kita lebih matang dan bertanggungjawab. Jangan pula kekalkan pemikiran cara orang bujang.

Apa-apapun setiap orang mempunyai pandangan mereka tersendiri berkaitan isu kahwin muda. Jika ada salah silap dalam perkongsian ini. Harap ditegur dengan sopan dan berbudi bahasa diruangan komen.

2 comments

03 January, 2014 08:48

amboih... ayattt.. ha3

04 January, 2014 02:40

@tenku butang hahaha..awat? ada yang tak kena ka?

Post a Comment

 

Google+ Badge

Artikel Terkini